Thursday, 7 April 2011

Bila Bukan Aku Lagi

bila dia sudah jadi yang segalanya,
aku di mata mu tiada bermakna
tawa ku..tangisku tiada umpama



cerita kita hanya kisah yang lama
tiada lagi kisah kita
berlalu di hati hatta di mata



aku hanya aku
engkau juga engkau
kini kita tiada bertemu
menghurung rindu
menusuk di kalbu



cuma satu yang aku mahu
aku jangan dilupa
cerita jangan tidak bermakna
kejian jangan dicipta
tetapi sayang kita
menjadi nostalgia




bila bukan aku lagi yang berdiri di sisimu
aku tetap memerhati langkahmu
kerna insan yang dulu dihati adalah kamu



bila bukan aku lagi yang berdiri
merialisasi mimpi
memberi realiti



malah aku akan tetap berdiri
mencari mimpi
mencari pasti
mencari teman di hati
sampai kekal di akhir nanti

No comments:

Post a Comment